Afrika Selatan adalah
sebuah republik di selatan Afrika. Negara ini berbatasan dengan Namibia,
Botswana dan Zimbabwe di utara, Mozambique dan Swaziland di timur laut. Pada
masa silam, negara ini dikecam karena dasar apartheidnya tetapi sekarang Afrika
Selatan adalah sebuah negara demokratik dengan penduduk kulit putih terbesar di
benua Afrika. Afrika Selatan merupakan negara multiras dan mempunyai 11 bahasa
resmi. Afrika Selatan terkenal sebagai penghasil berlian, emas dan platinum
yang utama di dunia.
Sejarah Purba
Manusia modern tinggal
di Afrika Selatan selama 100.000 tahun, manakala keturunan
mereka berada disini selama 3,3 juta tahun. Sebuah lokasi yang kaya dengan
peninggalan fosil adalah diGua Sterkfontein dekat Johannesburg dan Pretoria. Kini dikenali sebagai ayunan manusia atau Cradle of Humankind. Bukti-bukti terbaru
manusia primitif adalah lukisan-lukisan gua yang dihasilkan oleh sekumpulan
orang dari Zaman Batu, yaitu kaum kerabat suku Khoekhoen dan San.
Kedatangan orang Eropa
Penempatan Eropa yang
pertama di Afrika Selatan ialah di Table Bay (kini Cape Town) oleh Serikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1652.
Pada asalnya ia didirikan sebagai pusat persinggahan untuk kapal-kapal yang
melaluinya. Namun demikian, koloni ini kian berkembang ketika petani-petani Belanda membuka ladang-ladang
mereka di penempatan ini. Selepas itu, budak-budak diimport dari Afrika Timur, Madagascar dan India Timur, untuk bekerja di ladang mereka.
Pada tahun 1679, Serikat
VOC mengambil keputusan untuk meningkatkan pengeluaran pertanian di penempatan ini dengan menggalakkan lebih banyak penduduk Eropa pindah ke
penempatan ini. Para pendatang berbangsa Jerman dan Belanda ditawarkan ladang
percuma apabila mereka datang ke Cape. Pada tahun 1688 beberapa ratus orang
berbangsa Huguenots yang lari dari penindasan kerajaan Perancis berpindah ke Cape dan diberi
tanah di penempatan ini. Pendatang-pendatang tersebut kemudiannya menerima
budaya serta bahasa Belanda dengan hati yang terbuka. Sebagai peladang mereka
menanam gandum yang banyak dan bijirin yang lain untuk dijual ke VOC. Disamping itu,
mereka menanam pokok anggur untuk dijadikan anggur dan brandi - produk yang mempunyai permintaan yang tinggi oleh pelayar-pelayar Belanda dan juga dapat diekspor ke Eropa. Namun demikian, ekonomi yang penting untuk para pendatang adalahpeternakan, yang memerlukan kawasan padang rumput yang luas sebab tanah di Cape kurang subur. Pada akhir
abad itu, ladang rumput yang gersang menjadi suatu masalah besar bagi
pendatang-pendatang di penempatan ini.
Akibatnya, pada tahun
1700 petani-petani ini menerobos masuk ke wilayah kerajaan Bantu, 700 kilometer ke timur Cape Town. Ini menimbulkan konflik antara pihak pendatang dengan suku Bantu dan Xhosa dan memulai peperangan
selama satu abad, dimana pihak Belanda berhasil menaklukan kerajaan Xhosa. Pada
masa yang sama, tempat-tempat di luar jangkauan Belanda melancarkan kerajaan yang baru yaitu kerajaan Zulu.
Pada 1820 an, pemimpin Zulu yang terkenal yaitu Shaka mendirikan kerajaan yang besar di tenggara
Afrika yaitu Lesotho dan kerajaan Sotho-Tshwane yang lain.
Sementara itu bermula pada 1830 an, kaum kerabat pendatang Belanda yang
pertama, yang dikenali sebagai Boer Voortrekkers memulakan migrasi ke bahagian utara Afrika Selatan.
Pihak Inggris menduduki
Tanjung Harapan (Cape of Good Hope) pada 1806 dan kemudian
daerah Natal. Sepanjang abad 1800, pengaruh Eropa mula berkembang kearah timur.
Pada pertengahan 1800, kumpulan Voortrekkers (Bahasa Afrikaan yang bermaksud perintis) mendirikan dua republik kaum
kulit putih, Zuid-Afrikaansche Republiek (ZAR) atau Republik Afrika Selatan di Transvaaldan Orange Free State.
Revolusi Tambang
Penemuan berlian di utara
Cape pada 1860 an menarik berpuluh ribu orang ke bandar Kimberley. Pada 1871,
pihak Inggris merampas semua Tambang berlian di negara ini. Mereka juga menakluki
daerah-daerah kulit hitam yang berakhir dengan perang Anglo-Zulu pada 1879, di mana kerajaan Zulu jatuh ketangan penjajah Inggris.
Pembukaan Tambang emas
Witwatersrdan pada tahun 1886 merupakan titik perubahan bagi sejarah Afrika
Selatan. Permintaan bagi hak franchise untuk pendatang penutur bahasa Inggeris
yang bekerja diTambang emas baru yang kaya ini merupakan alasan yang digunakan
oleh Inggris bagi memulakan peperangan dengan Transvaal dan Orange Free State pada tahun 1899. Pihak Boers pada mulanya menyebabkan kekalahan teruk
kepada Inggris tetapi akhirnya kekuatan kerajaan Inggris melemahkan pasukan gurila (yang dikenali sebagai komando) dan peperangan
berakhir pada tahun 1902. Kebijakan membumi hanguskan Inggris termasuk membakar
ladang dan penahanan anak dan isteri Boer dan penduduk kulit hitam yang berada
dalam laluan mereka. Beribu-ribu mati dalam kemah tahanan. Pihak Boers sadar
bahawa penentangan berterusan akan menyebabkan mereka lenyap dari bumi Afrika
Selatan. Oleh itu, pada 31 Mei, 1902 pihak Boers dan Inggris menandatangani Perjanjian Vereeniging di Pretoria. Perjanjian ini memberikan kuasa penuh kepada pihak Inggris
untuk memerintah Afrika Selatan. Manakala, pihak Inggris bersetuju untuk
membayar hutang perang kerajaan Boer sebanyak £3,000,000. Disamping itu,
penduduk Belanda diberi hak kerakyatan istimewa di Afrika Selatan.
Penyatuan Afrika Selatan
Pada tahun 1910,
Kesatuan Afrika Selatan didirikan dari empat daerah yaitu Cape, Natal, Transvaal dan Free State. Kesatuan ini adalah lebih kepada kesatuan kaum kulit putih dari segi hak
dan kuasa politik. Manakala, penduduk kulit hitam dikesampingkan. Akibatnya,
kaum kulit hitam menentang kesatuan ini. Walaupun terdapat penentangan yang
hebat terhadap kerajaan berbentuk perkauman, Akta Tanah Pribumi (Natives Land
Act) digubal pada tahun 1913. Akta ini menetapkan kawasan-kawasan penempatan
yang dipanggil "homeland" yang dapat
diduduki oleh kaum kulit hitam. Penempatan ini hanya merangkumi 13% kawasan di
seluruh Afrika Selatan. Selain itu, lebih banyak akta diskriminasi digubal,
seperti pemberian kerja yang memihak kepada kaum kulit putih. Pada 1930 an,
diskriminasi perkauman menjadi semakin teruk akibat kebangkitan semangat
nasionalisme di kalangan bangsa Afrikaner.
Partai politik pertama
di Afrika Selatan adalah Partai Afrika Selatan yang didirikan oleh Louis Botha dan Jan Smuts pada 1910. Dua tahun
kemudian, Kongres Kebangsaan Afrika atau African National
Congress (ANC) pula didirikan untuk membangkang diskriminasi penduduk kulit
hitam dari pelibatan politik. Beberapa tahun selepas itu, Partai Kebangsaan atau National Party (NP) dibawah pimpinan Barry Hertzog menggantikan Partai Afrika Selatan. Pada 1934, kedua-dua
partai bergabung dan dikenali sebagai partai Afrika Selatan Bersatu (United
Party South Africa). Gabungan ini berhasil menyatukan suku Afrikaner dan
Inggris. Namun, perkongsian kuasa ini berakhir pada 1939 sewaktu Perang Dunia II meletus. Perpecahan ini berlaku kerana kesatuan tersebut menyokong pihak
Inggris, manakala suku berhaluan kanan Partai Kebangsaan, bersimpati pula dengan
regim Nazi di Jerman.
Kebangkitan Apartheid
Pada tahun 1948, selepas
berakhirnya Perang Dunia II, Partai Kebangsaan (NP) yang pro-Afrikaner , mengambil alih kuasa dan
membawa bersama mereka ideologi apartheid, suatu pendekatan kuku besi dalam melaksanakan kebijakan perkauman, yang
lebih zalim dari kebijakan-kebijakan perkauman kerajaan sebelumnya.
Sementara itu, pihak
pembangkang berkulit hitam pula melalui perubahan yang besar. Pada 1943, satu
kumpulan belia yang lebih agresif dan komited melancarkan sayap baru yang
dipanggil "ANC Youth League", yang telah melahirkan banyak
tokoh-tokoh politik hebat seperti Nelson Mandela, Oliver Tambo dan Walter Sisulu.
Pada 1961, kerajaan NP
dibawah pimpinan Perdana Menteri HF Verwoerd mengisytiharkan Afrika Selatan sebagai sebuah republik selepas memenangi pungutan suara rakyat kulit putih. Selepas itu kerajaan melancarkan segregasi secara
besar-besaran dengan mengharamkan perkawinan berlainan bangsa dan menghendaki setiap
rakyatnya mendaftar diri berdasarkan bangsa atau warna kulit.
Segregasi perumahan kemudiannya dikuatkuasakan dimana komunitas berkulit hitam dipaksa berpindah kepada
kawasan yang ditetapkan untuk kaum kulit hitam. Kerajaan Afrika Selatan juga
merangka kebijakan untuk pembangunan berasingan, dan membahagi-bahagikan
penduduk Afrika kepada "negeri-negeri" tiruan dengan
"homeland"nya yang tersendiri dengan janji setiap negeri akan
diberikan "kemerdekaan". Hampir 3.5 juta penduduk kulit hitam menjadi
mangsa pemindahan ini dan ia menyebabkan meningkatnya kawasan setinggan di
Arika Selatan. Rakyat kulit hitam dijadikan rakyat kelas dua dengan adanya "pass laws" dan kawalan influx yang
dilaksanakan dengan ketat. Ini membangkitkan kemarahan dari pihak ANC dan pada
1949 mereka melancarkanProgram Tindakan yang menolak dominasi kaum kulit putih dan menggalakkan tindakan protes, mogok dan demonstrasi.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar